Selasa, 6 September 2016

Pengurusan Lembu Fidlot

1 PENGENALAN
Maksud Fidlot- memelihara lembu secara intensif dalam kandang/kurungan untuk tujuan pengeluaran lembu daging melalui peningkatan berat badan dengan  memberi makanan yang bermutu,air bersih,mineral dan vitamin yang secukupnya dalam tempoh yang tertentu.


2BEKALAN DAN PEMILIHAN BAKA
*Pemilihan ternakan berdasarkan 
a Permintaan/keperluan pasaran
b Penetapan berat badan
c Peningkatan berat badan
d Target berat akhir atau berat jualan.
e Harga lembu hidup dipasaran
*terdapat 3 jenis baka yang sesuai.
a Baka import (Australia ,Thailand etc)
b Kacukan baka tempatan dengan import
c Baka tempatan kedah kelantan (KK)
*umur dan berat badan
Lembu filodt perlu memenuhi kriteria kriteria berikut
a Umur 1- 1 1/2 tahun
b Berat awal 200-250kg (baka kacukan), 150-200kg (baka tempatan atau KK)\
Berat Awal(kg)         Peningkatan Berat Badan         Tempoh                            Berat Akhir (kg)
                                 Harian(kg/hari)                        Pemeliharaan(hari)

200                            1.0                                              120                                      320
230                            1.0                                              120                                      350
* Status Kesihatan
Lembu yang dipilih mestilah diperolehi dari sumber atau gerompok ternakan yang sihat dan telah disahkan bebas dari jangkitan penyakit.

3. PENGURUSAN LEMBU FIDLOT
* Terdapat 2 sistem fidlot diamalkan
a Sekali masuk-sekali keluar
  Memelihara sekumpulan ternakan sahaja dalam sesuatu masa sehingga tamat tempoh dan mencapai target berat pasaran.Selepas semua ternakan habis dipasarkan barulah dimasukan dan dipelihara kumpulan ternakan berikutnya.
b Masuk-Keluar Berterusan
 Memelihara beberapa kumpulan ternakan secara berperingkat mengikut tempoh tertentu berdasarkan target pasaran bagi setiap kumpulan.Setiap kumpulan ternakan dipelihara dan dipasarkan secara berterusan.



PENTERNAKAN LEMBU FIDLOT

Penerangan berkenaan projek ternakan lembu 

  1. Pengenalan
  2. Pemasaran 
  3. Pemilihan Ternakan
  4. Pengurusan

1.1 Definasi fidlot "Penternakan Lembu Fidlot" bermaksud memelihara lembu secara intensif dalam kandang/kurungan untuk tujuan pengeluaran lembu daging melalui peningkatan berat badan dengan memberi makanan yang bermutu, air bersih, mineral dan vitamin yang secukupnya dalam tempoh yang tertentu.

1.2 Sistem Fidlot

i. Sekali masuk - Sekali keluar -memelihara 1 kumpulan lembu sehingga mencapai target berat atau umur, kemudian dijual kesemuanya. selepas habis dijual barulah akan ambil 1 kumpulan lembu yang baru.

ii. Masuk-Keluar Berterusan
--memelihara beberapa kumpulan lembu secara berperingkat sehingga mencapai target berat atau umur, kemudian dijual atau dipasarkan secara berterusan.1.3 Untung-Rugi Operasi Fidlot Faktor-faktor utama:-
i. Faktor ternakan

a. Harga belian feeder
b. Harga jualan finisher
c. Keupayaan dan prestasi baka yang digunakan
ii. Faktor makanan (harga)

-70% kos pengeluaran

-kelewatan penjualan akan mengurangkan keuntungan (market timing adalah penting sebagai contoh Hari Raya Aidil Adha).

p/s: digalakkan penternak menggunakan teknik makanan ruminan (campuran makanan seperti PKC, hampas kacang soya, dll)

2.0 PEMASARAN
Harga jualan lembu fidlot adalah faktor ketiga penting.

2.1 Jenis-jenis Pemasaran
Terdapat empat kaedah pemasaran utama untuk lembu fidlot:
i. Jualan lembu hidup kepada peraih (butcher)
ii. Jualan lembu hidup untuk aqiqah
iii. Jualan lembu hidup untuk korban
iv. Jualan runcit secara tunai (daging segar)


-Pasaran pertama adalah yang terbesar dan perlu dijadikan sasaran utama oleh pengusaha fidlot. Penjualan lembu hidup untuk penyembelihan terus boleh dilaksanakan samada secara terus atau melalui peraih.
-Pasaran kedua dan ketiga adalah bermusim dan tertakluk kepada permintaan.
-Pengusaha fidlot perlu merancang strategi pemasaran meliputi kedua-dua kategori pasaran tersebut.Ini bermakna, ternakan lembu fidlot perlu diusahakan samada dalam 2 atau 3 peringkat kumpulan.

Jadual 1 menunjukkan contoh strategi pemsaran bagi pemasaran bagi operasi fidlot 3 peringkat untuk tempoh pengemukan 4 bulan (120 hari) pada kadar peningkatan berat badan harian 1kg/hari:

2.2 Networking

-Bagi mengatasi keadaan ini adalah dicadangkan supaya pengusaha baru mempromosikan bidangusaha fidlot mereka serta berganding bahu dan sentiasa berhubung dengan pengusaha-pengusaha yang sediada.
-Jaringan pemasaran ini juga boleh digunakan oleh pengusaha bagi mendapatkan bekalan lembu-lembu feeder dan juga harga makanan yang baik.

2.3 Penjualan Secara Tunai

-Bidangusaha fidlot boleh rugi dan akhirnya terpaksa ditutup apabila terlalu banyak menanggung hutang. Hutang yang besar disebabkan aktiviti penjualan yang dibuat secara kredit.
-Kebanyakkan pengusaha fidlot berskala sederhana juga menjalankan aktiviti jualan runcit daging lembu fidlot mereka di pasar-pasar tempatan, pasar malam atau pasar tani.
-Terdapat juga pengusaha fidlot yang membuat rangkaian pemasaran melalui pasar-pasar tani dan pasar malam dengan melibatkan beberapa pekerja dan kenderaan.

Jenis-jenis baka lembu yang boleh diternak 

BRAHMAN


Jenis Baka : Brahman
Berat Lembu Jantan : 350kg- 997kg
Berat Lembu Betina : 250kg- 635kg

Harga : RM8.00 - 9.00 Perkilo (Lembu Hidup)
Harga : RM15.00 - RM17.00 Perkilo (Siap Proses)
Negara Asal : Bos indicus, India.

Ulasan : Lembu Brahman mempunyai ciri-ciri berikut iaitu mempunyai bonggol yang besar di bahagian atas bahu dan tengkuk; "processes" bergulong yang terletak di bawah bonggol dan memanjang & mempunyai tisu yang tegap yang menutupinya; selalunya tanduk bengkok ke atas dan kadang-kadang ke belakang; mempunyai telinga yang besar dan berjuntai; bahagian tengkuk mempunyai kulit yg yang mengelambir; mengeluarkan minyak yang berbau busuk yang boleh membantu menghalau serangga. Berbagai warna dari kelabu muda atau merah sehingga ada yang hitam. dan kebanyakan kelabu cerah atau sederhana kelabu. Lembu jantan selalunya gelap dari lembu betina dan selalunya mempunyai tompok hitam diatas bahu atau bawah kaki. Saiz sederhana, - Berat jantan 725kg-997 kg & betina 453kg-635kg; anak 27-29 dan cepat membesar. Tahan lasak dan boleh sesuaikan diri dengan keadaan; tahan panas, Pengeluaran susu yang memuaskan; Peratus daging sebenar (dressing) yang tinggi. - karkas yang baik dan bernilai dengan kadar lemak yang minima.

BOVINE


Jenis Baka : Bovine
Berat Lembu jantan : 250kg - 650kg
Berat Lembu Betina : 200kg - 450kg
Harga : RM8.00 - RM9.00 Perkilo (Lembu hidup)

Harga : RM15.00 - RM17.00 Perkilo (Siap Proses)

RAINBOW


Jenis Baka : Rainbow
Berat Lembu Jantan : 300kg - 1000kg
Berat Lembu Betina : 250kg - 600kg
Harga : RM8.00 - RM9.00 Perkilo (Lembu Hidup)

Harga : RM14.50 - RM17.00 Perkilo (siap Proses)
Negara Asal : U. K & U.S
Ulasan : Lembu Rainbow adalah salah satu jenis lembu baka pedaging yang terbaik ,tahan lasak panas dan kutu. Berat bagi jantan matang 300kg - 1000kg dan berat lembu betina 250kg - 700kg dagaig lemak yang manimal.

SANTA GERTRUDIS


Jenis Baka : Santa Gertrudis
Berat Lembu Jantan : 250kg - 700kg
Berat Lembu Betina : 200kg - 500kg
Harga : RM8.00 - RM9.00 Perkilo (Lembu Hidup)

Harga : RM14.50 - RM16.00 Perkilo (Siap Proses)
Negara Asal : United States.

Ulasan : Kacukan antara Shorthorn & Brahman.Warna merah pekat. Mempunyai ketahanan yang tinggi terhadap panas dan kutu. Senang beranak dan ibu yang baik. Pengeluaran susu yang banyak. Kenaikan berat badan yang ketara apabila meragut atau fidlot. Kualiti daging yang bertambah baik jika dibandingkan dengan Brahmans.

RED SINDHI


Jenis Baka : Red Sindhi
Berat Lembu Jantan : 250kg - 500kg
Berat Lembu Betina : 170kg - 450kg
Harga : RM8.00 - RM9.00 Perkilo (Lembu Hidup)
Harga : RM15.00 - RM17.00 Perkilo (Siap Proses)
Negara Asal : Sind, Pakistan.
Ulasan : Tahan lasak, mempunyai daya ketahanan yang tinggi terhadap kutu. Peragut yang baik. Pengeluaran susu yang tinggi, purata1,700 kg & lebih 3,400 kg per laktasi. Purata tinggi betina 116 cm berat 340 kg. Jantan purata tinggi134 cm & berat 420 kg. Selalunya warna merah pekat dan kadang-kadang warna kekuningan perang hingga ke perang gelap. Jantan lebih gelap bila dewasa dan kadang-kadang hitam di kepala, kaki dan ekor.

SHORTHORN


Jenis Baka : Shorthorn
Berat Lembu Jantan : 300kg - 900kg
Berat Lembu Betina : 200kg - 700kg
Harga : RM8.00 - RM9.00 Perkilo (Lembu Hidup)

Harga : RM14.50 - RM16.00 Perkilo (Siap Proses)
Negara Asal : England

Ulasan : Samada merah, merah & putih, putih atau or "roan" Bertanduk pendik. Tahan lasak - boleh sesuaikan diri. Baka yang terbaik. Jinak. Baka tenusu yang berkualiti. Melahirkan anak dalam tempoh yang tetap; senang beranak, anak cepat besar. Gred karkas yang kualiti. Senang mengurus dan daya pengeluaran yang ekonomik.

HEREFORD


Jenis Baka : Hereford
Berat Lembu Jantan : 350kg-900kg
Berat Lembu Betina : 250kg - 600kg
Harga : RM8.00 - RM9.00 Perkilo (Lembu Hidup)

Harga : RM15.00 - RM16.00 Perkilo (Siap Proses)
Negara Asal : Herefordshire County, England.

Ulasan : Pengeluaran daging tinggi - berupaya untuk menggemuk; tahan lasak . Cepat matang. Akan menjadi baka yang penting di dalam industri pedaging pada tahun-tahun akan datang.

BRANGUS


Jenis Baka : Brangus
Berat Lembu Jantan : 250kg - 600kg
Berat Lembu Betina : 200kg - 450kg
Harga : RM8.00 - RM9.00 Perkilo (Lembu Hidup)
Harga : RM15.00 - RM16.00 Perkilo (Siap Proses)

DROUGHTMASTER


Jenis Baka : Droughtmaster
Berat Lembu Jantan : 350kg - 900kg
Berat Lembu Betina : 250kg - 600kg
Harga : RM8.00 - RM9.00 Perkilo (Lembu Hidup)

Harga : RM15.00 - RM17.00 Perkilo (Siap Proses)
Negara Asal : Australia.

Ulasan : Lembu ini adalah kacukan antara Shorthorn & Brahman.Berwarna merah; samada bertanduk atau tidak. Tahan panas dan kutu; terlalu subur dan senang mendapat anak; tidak berapa garang. Pembentukan karkas yang sempurna dan sederhana lambat.

CHAROLAIS


Jenis Baka : Charolais
Berat Lembu Jantan : 250kg - 700kg
Berat Lembu Betina : 200kg - 500kg
Harga : RM8.00 - RM9.00 Perkilo (Lembu Hidup)
Harga : RM14.50 - RM16.00 Perkilo (Siap Proses)
Negara Asal : Charolles province, France
Ulasan : Berwarna putih atau putih berkrim tetapi kulit berpigmentasi, Bertanduk, berbadan panjang. Besar dan berat jantan 250kg - 700kg lebih & betina 200kg -500kg lebih. Cepat membesar. Prestasi baik walaupun di dalam pelbagai keadaan cuaca yang berbeza. Mempunyai anak yang berat. Baka susu yang baik.

SIMMENTAL


Jenis Baka : Simmental
Berat Lembu Jantan : 350kg - 850kg
Berat Lembu Bertina : 300kg - 600kg
Harga : -Mengikut Tempahan-
Negara Asal : Switzerland

Ulasan : Diantara baka yang paling tua dan terdapat di merata tempat. Besar, berwarna merah dan putih serta producktif. Cepat membesar dan pengeluaran susu yang tinggi. Boleh membuat kerja-kerja berat.

ANGUS


Jenis Baka : Angus
Berat Lembu jantan : 300kg - 700kg
Berat Lembu bertina : 200kg - 450kg
Harga : RM8.00 - RM9.00 Perkilo (Lembu Hidup)
Harga : RM14.50 - RM16.00 Perkilo (Siap Proses)